|
|
| Wednesday, 13-May-2009 10:41 |
Email | Share | | Bookmark |
|
:: hari indah.. danial & shikin... sewaktu di luar... edisi1..
|
|
cuaca yang panas dan redup serta tidak menentu amat menyukarkan,
di tambah pokok2 yang menghalang cahaya, keadaan seperti antara cerah dan gelap..
lagi menyukarkan adalah pasangan pengantin, terpaksa berpanas, berpeluh jugalah mereka ni..
destinasi sebenar sepatutnya di KTM ipoh, tapi disebabkan beberapa masalah terpaksa
tukar lokasi ke sini.. di gunung lang, ipoh..
antara paparan awal sewaktu sesi di sana..
bagi saya, permulaan terasa sedikit janggal, setelah agak lama tak buat shooting session
di suasana luar..
banyak kesilapan juga pada hasil gambar, tetapi.. kena adakan juga untuk tatapan mereka berdua..
yang tak bestnya, kebiasaan petang ahad di sini pasti ada lain2 pasangan dan jurufoto..
kali ni, kami saja yang alone di sana..
pengunjung2 biasa sahaja yang ada...
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 12-May-2009 09:56 |
Email | Share | | Bookmark |
|
:: saat gembira... ejump & ela...
|
|
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 9-May-2009 09:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
:: seterika zaman dulu-dulu...
|
|
..barang2 lama ni, saya jumpa di rumah pengantin tempohari.
tak pernah tengok lagi seterika tu, cuba juga angkat, agak berat rasanya
andai di banding dengan yang sekarang..
telefon dan jam lama tu, biasa lihat, lagipun barang zaman 70an, taklah lama sangat..
bila ditanya, bapanya beritahu.. ini saja yang tinggal..
buat kenangan masa lampau... tinggalan zaman inggeris di tanah melayu..
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 5-May-2009 09:55 |
Email | Share | | Bookmark |
|
:: majlis perpisahan dan selamat datang ... 29/4/2009...
|
|
..sebenarnya saya pun tak berapa pasti akan maksud "B.V",
cuma tahu "W.C." = welcome.
majlis dirai sempena 4orang expatriate dari tempat kerja saya yang akan
bertukar post masing2. kesemua mereka ini.. warganegara Jepun..
pertukaran serentak untuk 2 post iaitu Managing Director dan Factory Manager.
jawatan paling tinggi dalam syarikat..
ikutkan nak ambil peluang shoot juga, tapi disebabkan beberapa masalah,
datang melenggang saja. tak bawa kamera, tapi nasib, pihak company ada compaq..
cuma tukang shoot nya, ramai.. ikut dan sahaja... ramai exect.2 yang shoot nya..
malah banyak hasil yang exposer.. blur dan out focus. setelah di per edit.. dapat beberapa kerat yang boleh di kongsi bersama akan
majlis ringkas tersebut. hakikat, imej tetap.. amat tidak memuaskan..
majlis berlansung di Hotel terbaru di ipoh, baru buka 2bulan lalu setelah projek
terbengkalai hampir 13tahun. mengikut cerita dari seorang pekerjanya, projek
bermula pada tahun 1996, sama dengan masa pembinaan fasa kedua Ipoh Parade.
Ipoh Parade pun, dah nak pudar warna cat bangunannya sekarang..
tetapi, tak tahulah, tersangkut pula projek dan terbiar agak lama hingga awal tahun 2008..
pihak Syuen sambung projek semula.. Syuen,salah satu hotel terkemuka di Ipoh..
hotel baru ini beroperasi kini, dengan nama THE TOWER REGENCY..
turut berbangga juga.. kerana, walau hanya ada beberapa kerat dari kalangan
bumiputera dalam syarikat ini di bahagian atasan..
3 rakan melayu kita telah di beri peluang untuk menyampaikan ucapan
di dalam majlis tersebut.
.. di sekitar Ipoh ini, kebiasaannya.. kebanyakkan syarikat2 milik asing di
bahagian atasan dipenuhi oleh bangsa cina dan india..
..malah, sedikit info. didengari... dari cerita pekerja2 di sana..
banyak perkara2 pelik dan halus dijumpai.. tapi tak pasti lah..
ada pulak cerita gangguan hantu di sana..
mungkin setelah bangunan terbiar sekian lama...
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 3-May-2009 06:10 |
Email | Share | | Bookmark |
|
:: jemaah masjid al-amaniah... 1955-2004 ...
|
|
.. sebenarnya, gambar pertama dan kedua diperolehi dari frame yang diletakkan di bahagian
ruang masuk hadapan masjid ini.. ada sudut khas yang memaparkan kisah sejarah asal masjid..
kebetulan, pertama kali kena majlis yang terlewat dari perancangan.
jadi, meluangkan masa.. untuk meninjau persekitaran di masjid berkenaan.
sepatutnya berlansung selepas waktu asar, sebalik.. tertunda hingga nak tiba waktu maghrib.
ada masalah dihadapi oleh rombongan pihak keluarga lelaki yang datang dari
negeri sembilan.. hari pun sudah semakin gelap.. sudah menjelang senja..
apapun majlis sempat juga dilangsungkan, walau semua pihak termasuk tuan kadi..
terpaksa menunggu waktu yang agak panjang..
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 30-Apr-2009 10:43 |
Email | Share | | Bookmark |
|
::sekitar usia sebulan setengah...
|
|
..antara paparan kucing2 yang baru berusia seawal sebulan setengah ni,
mulai dilepaskan dari kurungannya di waktu siang hari...
pelbagai karenah dan gelagat.. akhirnya.. biar lepas saja,
kesian pulak tengok dorang ni terkurung.. tak dapat nak bermain-main..
jangan hilang sudahlah...
masih kurus kering semua anak2 kucing ni...
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 28-Apr-2009 10:42 |
Email | Share | | Bookmark |
|
:: pertunangan Tengku dan Nor... edisi2..
|
|
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 25-Apr-2009 03:21 |
Email | Share | | Bookmark |
|
:: aktiviti malam .. anak2 kucing...
|
|
.. nak jaga dorang ni memang susah..
dari menyediakan makanan, sampai ke tidurnya..
tidak asik berbunyi saja..
balik rumah pun, kemas2.. tempat dorang, setengah jam masanya di ambil..
almaklum, keluar pagi seawal jam7 dan pulang jam 8malam.
tetapi tak lepas dorang sepenuh masa lagi, area rumah ni, ada banyak
binatang yang agak liar, seperti musang dan jabon, malah species ular
berbahaya pun ada.
nak kena jaga keselamatan dorang juga, yang besar2 tu, dah pandai jaga badan
masing2...
..paling tak lalu, bila dibawa masuk ke kurungan..
baru nak melepas baja-bajanya, masa bebas di luar.. tak pula..
tak faham2 lagi dorang ni...
si ibu pun tak mengajar habis..
|
|
|
|
|
|
| Friday, 24-Apr-2009 11:40 |
Email | Share | | Bookmark |
|
:: pertunangan Tengku dan Nor...
|
|
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 23-Apr-2009 11:09 |
Email | Share | | Bookmark |
|
:: anak2 kucing yang sedang menyusu...
|
|
sempat lagi menjeling kamera dihadapan..
bukannya apa.. tunggu peluang nak lari keluar je... dorang ni..
bila dah selesai, mulalah nak keluar dari kurungan tu...
si ibu, memang segini perangainya.. tak nak susukan anak2nya..
jadi kena tangkap dan kurung sekali, ada masa2 baru lepaskan..
tidak, anak2nya bising, tak lalulah untuk mendengarnya..
tapi, anak2 kucing ni pula.. dah sebulan lebih tinggal dalam tu,
andai di lepas, masa bermain, tak ingat nak membuang baja2nya.. bila tangkap dan
kurung sekali.. baru nak membuang baja2nya kat dalam tu... nak kena train di rumput
dan tanah pula selepas ni..
ingat kalau dilepas dorang tahu nak buat apa... tapi, masih tak pandai2lah lagi rupanya..
|
|
|
|